Pengendali Roma, Jose Mourinho berkata, enam trofi Liga Europa yang dimenangi Sevilla sebelum ini akan dikira sedikit apabila menentang pasukannya pada perlawanan akhir esok di Budapest.

Sevilla sedang membida peluang melebarkan rekod kejayaan ketujuh di Arena Puskas, dalam perlawanan yang digelar media Hungary sebagai ‘The Specialists against The Special One’.

Mourinho masih belum tewas dalam lima perlawanan akhir utama Eropah sebagai pengurus, manakala Sevilla telah memenangi kesemua enam perlawanan akhir Liga Europa mereka.


Pengendali kelahiran Portugal itu memberitahu sidang akhbar, “Sejarah tidak bermain. Rakan sekerja saya (ketua jurulatih Sevilla, Jose Luis Mendilibar) berpendapat sebaliknya, saya menghormatinya.

“Dia percaya sejarah menjadikan Sevilla pasukan pilihan, saya menghormatinya. Kami berada di final kerana kami layak.

“Mereka mempunyai sejarah manakala kami tidak. Bagi mereka untuk bermain perlawanan akhir adalah perkara biasa, bagi kami ia adalah sesuatu yang luar biasa.”

Mourinho menyasarkan untuk menjadi pengurus pertama memenangi Liga Europa dengan tiga kelab berbeza selepas kejayaan sebelum ini bersama Porto (2003) dan Manchester United (2017).

Bekas pengendali Chelsea berusia 60 tahun itu menambah, “Kami adalah dua pasukan yang hebat, dengan pemain peringkat tinggi.

“Ia pelik kerana kami bercakap tentang pengalaman kejurulatihan, tetapi kami berdepan pasukan Sevilla yang mempunyai pemain yang sangat biasa.

“Mereka sangat biasa ke final dan berpengalaman, tetapi pasukan saya datang ke sini dengan bersedia. Kami telah bermain banyak perlawanan Eropah dalam dua musim lalu.”