AS ROMA 3 HJK HELSINKI 0

Jose Mourinho mendakwa Andrea Belotti menghidap "virus ahli sihir perancang permainan" selepas AS Roma mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas HJK Helsinki dalam perlawanan Kumpulan C, Liga Europa (UEL) di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Pasukan lawan dari Finland itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain hanya selepas 15 minit perlawanan bermula apabila Miro Tenho dibuang padang tetapi Roma hanya dapat memecahkan kebuntuan jaringan dalam babak kedua menerusi penyudah Paulo Dybala.

Lorenzo Pellegrini kemudian menggandakan kelebihan Roma sebelum Belotti menemui gol pertamanya sejak tiba di kelab itu daripada Torino musim panas lalu.

Belotti, yang menjaringkan 100 gol dalam saingan Serie A sepanjang tujuh musim bersama Torino, berdepan kesukaran untuk mencipta impak sepanjang beberapa penampilan pertamanya bersama Roma.

Dan Mourinho percaya pemain berusia 28 tahun itu telah berusaha keras untuk menjaringkan gol yang cukup sempurnya buatnya.

"Kami perlu perbaiki daripada segi membina permainan dari bawah, saya cuba menyembunyikannya," kata Mourinho selepas kemenangan itu.

"Kami mempunyai pemain yang amat berbakat di bahagian depan tetapi kami perlu bermain dengan lebih garang. Kami perlu menjadi garang ketika melakukan serangan.

"Anda perlu menjadi garang dan jahat jika anda mahu meletakkan bola ke dalam gawang.

"Belotti juga seakan terkena penyakit yang kami hadapi di bahagian depan, hari ini saya dapat lihat dia melakukan empat atau lima kuisan tumit. Dia tidak seperti itu.

"Dia perlu menjaringkan gol dengan menggunakan lutut, dengan punggungnya, dengan kepalanya. Dia menghidap virus ahli shir perancang permainan, di mana dia hanya perlu mejaringkan gol, itu sahaja.

"Kami perlu memperbaiki penyudah kami, purata percubaan dan jaringan yang dihasilkan tidak begitu bagus," katanya lagi.