NANTES 0 JUVENTUS 3
(Juve mara dengan agregat 4-1)

Massimiliano Allegri memuji impak diperagakan Angel Di Maria selepas jaringan hatrik pemain sayap itu membantu Juventus menewaskan Nantes secara agregat 4-1, sebentar tadi, untuk mara ke pusingan 16 Liga Europa.


Di Maria meletakkan Bianconeri di hadapan dengan lencongan menakjubkan di penjuru kotak penalti selepas hanya lima minit permainan berlangsung, sebelum tolakan tumitnya yang terkena lengan Nicolas Pallois mengundang sepakan penalti dan kad merah.

Pemain antarabangsa Argentina itu tiada masalah untuk melengkapkan hatriknya menerusi tandukan lewat bagi menyempurnakan persembahan gemilangnya untuk muncul pemain pertama kelab Serie A berkenaan yang mencetak sekurang-kurangnya tiga gol dalam perlawanan Eropah sejak Filippo Inzaghi melakukannya pada 2000.

Allegri memuji peningkatan prestasi Di Maria selepas dibelenggu kecederaan pada awal kariernya di Juventus sejurus perpindahannya dari Paris Saint-Germain (PSG).



"Angel merupakan juara dunia," kata pengurus itu kepada pemberita dalam pasca perlawanan.

“Dia meningkatkan kualiti Juventus dan kami semua gembira memiliki sentuhannya.

"Mempunyai seseorang pemain sepertinya adalah penting buat pasukan.

"Kini, dia lebih mengenali pasukan dan lebih baik daripada segi fizikal."