Thomas Muller mengakui Bayern Munich memerlukan sedikit tuah untuk mengatasi Paris Saint-Germain dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann terhutang budi kepada Matthijs de Ligt yang menafikan jaringan Vitinha pada separuh masa pertama di Allianz Arena selepas kesilapan Yann Sommer menawarkan pemain tengah PSG itu gawang terhidang.

De Ligt kemudiannya berjaya menampan keluar bola, mengekalkan kelebihan Bayern 1-0 di depan dalam perlawanan itu selepas gol pertama Kingsley Coman, sebelum anak buah Nagelsmann menguasai perlawanan timbal balik.

Eric Maxim Choupo-Moting kembali menghantui bekas pasukannya, PSG dengan jaringan pada separuh masa kedua sebelum Serge Gnabry memastikan kemaraan, walaupun Muller bersyukur kerana tuah memihak Bayern.

“Anda perlu jujur, dalam perlawanan bola sepak seperti ini sentiasa ada saat-saat anda memerlukan tuah di pihak anda,” kata Muller kepada DAZN.

"Kami mempunyai satu saat apabila Yann kehilangan bola, yang mana Matt menafikan jaringan pasukan lawan. Jika ia menjadi 1-0 di sana, anda tidak tahu bagaimana pasukan akan bertindak balas terhadapnya.

"Tetapi kami lebih cemerlang pada separuh masa kedua khususnya, kami lebih jelas ketika bertahan, jadi kami bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua dan berhak untuk menang."