Real Madrid dan Liverpool ibarat mengadakan final ulangan Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu apabila bertembung pusingan 16 dalam majlis undian yang diadakan di ibu pejabat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) di Nyon, Switzerland.

Madrid mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan F dalam meniti laluan lebih mudah.

Tetapi selepas dipertemukan dengan Liverpool, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu berdepan tugas sukar.




Dalam masa sama, pertemuan di antara Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) bagaikan ulangan penentuan gelaran edisi 2019-20.

Skuad Die Roten menyekat PSG daripada memenangi mahkota benua itu buat julung kalinya dan bakal mengulangi pertemuan itu di Paris, awal tahun depan.





Juara 2021, Chelsea akan menentang skuad muda Borussia Dortmund sementara Manchester City -– finalis yang dikalahkan tahun lalu -– pula berdepan seteru Bundesliga, RB Leipzig.

Antonio Conte menuju ke tanah airnya untuk mengetuai anak buahnya ke San Siro berhitung dengan juara bertahan Serie A, Milan, manakala pendahulu Serie A, Napoli -– yang memenangi peringkat kumpulan -- mengintai peluang mereka ketika bertemu juara Liga Europa, Eintracht Frankfurt.

Pusingan pertama akan berlangsung pertengahan minggu dengan perlawanan timbal balik dijadualkan pada awal Mac.

Keputusan undian:

RB Leipzig lwn Manchester City
Club Brugge lwn Benfica
Liverpool lwn Real Madrid
Milan lwn Tottenham
Eintracht Frankfurt lwn Napoli
Borussia Dortmund lwn Chelsea
Inter lwn Porto
Paris Saint-Germain lwn Bayern Munich