Andy Robertson mengakui Liverpool 'layak' dibelasah Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Pemain pertahanan The Reds itu menyelar persembahan hambar mereka dalam kekalahan 4-1 dan memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa mereka perlu 'bangun' kerana permulaan mengecewakan musim ini berterusan di Naples.

Dua gol daripada Piotr Zielinski, satu gol daripada Andre-Franck Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone melengkapkan kemenangan mengagumkan itu, dengan Luis Diaz menghasilkan jaringan saguhati untuk pasukan kendalian Jurgen Klopp.

"Kami terlalu terbuka. Anda tidak boleh datang ke tempat seperti ini dan menghidangkan peluang buat lawan," katanya kepada BT Sport.

"Kami mempunyai peluang dalam perlawanan, mereka mempunyai peluang. Mereka adalah pasukan yang lebih baik, tidak dinafikan mereka bermain dengan baik.

"Apabila anda beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara, anda tidak boleh bersikap terbuka dan anda perlu kembali kepada asas, anda perlu sentiasa fokus. Kami mencipta peluang tetapi kami layak mendapat keputusan ini dan mereka menemui begitu banyak ruang dalam separuh masa pertama, ia seperti mereka mempunyai pemain tambahan di atas padang.

"Kami telah ditewaskan 4-1 dan kami berhak mendapatnya. Kami perlu bangkit dan cepat kerana kami tidak boleh beraksi seperti itu."

Liverpool menerima kunjungan Wolves dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier Leagu) pada hari Sabtu sebelum pertemuan Kumpulan A seterusnya menentang Ajax, yang menewaskan Rangers 4-0 pada hari perlawanan pertama.