Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, percaya Jorginho pemain yang paling berhak memenangi Ballon d'Or tahun ini, tetapi tidak percaya anugerah itu dilihat sebagai sesuatu yang amat penting.

Pemai berusia 29 tahun itu memenangi Liga Juara-Juara bersama Blues dan Euro 2020 dengan Itali musim lalu dan dinobat sebagai Pemain Terbaik UEFA.

Pemain tengah, Jorginho, kini berada dalam senarai untuk satu lagi gelaran individu apabila disenaraikan 30 pemain bagi merebut Ballon d'Or bersama Lionel Messi dan Robert Lewandowski.

"Jorginho berhak memenangi Ballon d'Or," kata Tuchel.

"Anugerah individu ini, bagaimnapaun, tidak memiliki nilai yang tinggi di atas padang, mustahil untuk membuat perbandingan.

"Sememangnya, saya mahu pemain saya memenanginya, kerana ia akan meningkatkan keyakinan serta makna di sebalik kejayaan meraih anugerah itu, tetapi bagi saya ia bukan gelaran yang penting."