Ketua jurulatih Brazil, Tite, meminggirkan tiga pemain Arsenal, iaitu Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Gabriel Magalhaes, bagi aksi pemanas badan menjelang saingan Piala Dunia Qatar, November depan.

Tiga pemain itu memainkan peranan penting dalam meletakkan The Gunners di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, di mana mereka sedang berada di tangga teratas dengan 15 mata daripada enam perlawanan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemain itu tidak berada dalam senarai yang dikeluarkan Brazil bagi perlawanan pra-Piala Dunia menentang Ghana dan Tunisia sepanjang bulan ini.

Sebagai rekod, Brazil akan bersaing dalam Kumpulan G di Qatar bersama Serbia, Switzerland dan Cameroon.


Senarai pemain Brazil:
Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras)
Danilo, Alex Sandro, Gleison Bremer (Juventus), Alex Telles (Sevilla), Thiago Silva (Chelsea), Eder Militao (Real Madrid), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Roger Ibaez (AS Roma) Casemiro, Fred (Manchester United), Fabinho (Liverpool), Lucas Paquet (West Ham), Bruno Guimares (Newcastle), Everton Ribeiro (Flamengo) Neymar (Paris Saint-Germain), Richarlison (Tottenham), Roberto Firmino (Liverpool), Vinicius Junior, Rodrygo (Real Madrid), Antony (Manchester United), Raphinha (Barcelona), Matheus Cunha (Atletico Madrid), Pedro (Flamengo).