Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, yakin Antoine Griezmann akan kekal bersama pasukan walaupun pemain berusia 26 tahun itu mengeluarkan kenyataan bahawa peluang adalah “enam daripada 10” untuknya ke Manchester United.

Griezmann telah dikaitkan dengan perpindahan ke United sejak beberapa bulan lepas dan kenyataannya itu menguatkan lagi desas-desus perkara itu.

Bagaimanapun, Cerezo percaya Griezmann akan kekal bersama skuad Rojiblancos dan amat pasti tiada pasukan yang akan menebus klausa perpindahan bintang Perancis itu.

"Komen itu satu perkara biasa," kata Cerezo.

"Saya dapat merasakan dia pasti berasa rimas apabila sering ditanya soalan sama. Apa yang penting, Griezmann masih pemain kami dan memiliki baki kontrak selama empat tahun,” jelasnya.

"Sehingga kini, tiada pasukan yang sanggup menebus nilai klausa dan Griezmann sendiri tidak pernah menyatakan keinginan untuk berpindah,” katanya lagi.

Griezmann masih memiliki kontrak bersama Atletico sehingga Jun 2021.