Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, tidak rela anak buahnya mengambil mudah seteru seperti UiTM yang akan dihadapi dalam Piala Malaysia di Shah Alam, malam esok.

Bekas pengendali kebangsaan itu menjangkakan saingan hebat daripada skuad bimbingan Ismail Ibrahim berkenaan berikutan keupayaan melayakkan diri ke Piala Malaysia meskipun tanpa pemain import.

Lantas, ia sudah cukup untuk membuktikan The Lion Troops bukan pasukan calang-calang kelab bagi pertembuan pusingan 16 itu.

"Saya percaya UiTM telah melakukan latihan yang cukup rapi.




"Mereka tahu bermain di tempat sendiri, mereka mahu mencapai sesuatu.

"Mana-mana pasukan mampu beri kejutan jadi kami perlu kekal fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan tidak terburu-buru.

"Kami perlu pastikan tidak pulang dengan tangan kosong," katanya.