Neymar menegaskan rakan sepasukannya, Lionel Messi, tidak perlu membuktikan apa-apa kepada pengkritiknya menjelang musim keduanya sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG).

Messi mengharungi kempen pertama Ligue 1 yang kurang memberangsangkan selepas perpindahannya daripada Barcelona dengan menyumbangkan 11 gol dalam 34 perlawanan -- merosot daripada 38 gol bersama Barca pada tahun sebelumnya.

11 gol itu menunjukkan Messi berprestasi rendah di hadapan gol berdasarkan kualiti peluangnya yang menyaksikannya mencipta 14 bantuan jaringan dan 10 daripadanya dicipta selepas tahun baru -- dan pemain Barcelona, Ousmane Dembele, paling menyerlah dalam lima liga teratas Eropah menerusi 11 umpanan.

Pemain berusia 35 tahun itu mempamerkan aksi kompetitif pertamanya dalam kempen 2022-23 apabila dia membuka jaringan untuk PSG memenangi Trophee des Champions dengan menundukkan Nantes 4-0.

Bagaimanapun, apabila ditanya adakah mutu persembahannya memberi bayangan kebangkitan Messi di PSG, Neymar bertindak membela ketua pasukan Argentina itu/

"Saya tidak fikir begitu. Saya fikir orang ramai bercakap terlalu banyak," katanya kepada Amazon Prime.




“Mereka tidak tahu apa yang berlaku setiap hari, apa yang berlaku di dalam bilik persalinan.

"Leo, adalah Leo. Dia masih Leo, ia tidak berubah. Tidak, dia akan terus membuat perbezaan dalam perlawanan. Dia menyesuaikan diri.

"Sudah jelas kami berharap semuanya berjalan lancar buat kami bertiga, untuk saya, Leo dan Kylian Mbappe. Jika kami bertiga dalam keadaan baik, saya pasti ia bagus untuk pasukan."