Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, mengingatkan pemain pasukan itu supaya tidak berasa terlalu selesa untuk bertemu Sri Pahang FC dalam perlawanan kedua pusingan awal Piala Malaysia, esok.
Walaupun berjaya menewaskan skuad kendalian Datuk Dollah Salleh dengan perbezaan jaringan yang besar di Stadium Darul Makmur, Khamis lalu, dan TFC tidak boleh leka kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam aksi timbal balik di laman sendiri.
“Kami dapat keputusan positif di Kuantan untuk bawa balik ke tempat sendiri tapi itu belum menjamin kami layak, ada 90 minit lagi untuk layak ke suku akhir jadi kena selesaikan 90 minit itu.
"Macam-macam boleh terjadi dalam bola.
“Sama seperti di Kuantan, tidak sangka kami menang dengan gol begitu tapi ia berlaku dan merupakan satu kejutan buat pasukan Pahang,” katanya.
Nafuzi tetap berasa bimbang dengan kehadiran Tok Gajah kerana skuad itu merupakan sebuah pasukan berkualiti namun nasib tidak menyebelahi mereka ketika bermain di laman sendiri.
Sehubungan itu, Nafuzi mahu semua pemain memberi tumpuan dan mempersembahkan permainan menarik kepada penyokong TFC apatah lagi perlawanan kedua berlangsung di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Sudah pasti, pasukan Pahang lebih bermotivasi apabila datang ke sini sebab mahu menebus kekecewaan perlawanan Khamis lalu jadi kita kena bersedia,” katanya.
Dia turut berharap penyokong Terengganu dapat memenuhi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memberi sokongan kepada pasukan TFC ketika berdepan dengan Sri Pahang FC.
TFC mempamer aksi cemerlang apabila menewaskan Sri Pahang 5-1 pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur Khamis lalu.
Kemenangan tersebut memberi bekalan selesa buat skuad Penyu dan boleh dianggap sebelah kaki ke pentas suku akhir walaupun keputusan akhir bakal ditentukan pada aksi timbal balik.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 31 2022


Baddrol Bakhtiar lega Sabah sah ke Piala AFC
Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar, menganggap penantian sepanjang saingan Piala Malaysia 2022 sebagai sesuatu yang amat mendebarkan.

Piala Malaysia: Cheng Hoe bangga, puji semangat juang Selangor
Pengendali Selangor, Datuk Tan Cheng Hoe, tetap berbangga dengan persembahan Selangor FC di sebalik kekalahan 2-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia, sebentar tadi.

Piala Malaysia: JDT bangkit daripada ketinggalan sebelum bergelar juara
Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Final Piala Malaysia: Rekod pertemuan JDT-Selangor tidak boleh diambil kira -- Farizal Marlias
Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marliaz, mengakui rekod pertemuan di antara pasukannya dan Selangor FC tidak lagi boleh diambil kira menjelang final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Final Piala Malaysia: Afro gesa pertahanan Selangor waspada trio serangan JDT
Pertahanan tengah Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar, menggesa rakan sepasukannya berwaspada dengan gandingan tiga penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Final Piala Malaysia: Selangor selesa status bukan pilihan
Juara 33 kali, Selangor FC, menyifatkan finalis musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT), merupakan pasukan pilihan apabila kedua-dua jagoan Liga Malaysia (Liga-M) itu berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Final Piala Malaysia: Aura pemain ke-12 semarak semangat JDT
Sokongan padu pemain ke-12 Harimau Selatan mampu menjadi pemangkin semangat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia 2022.

Final Piala Malaysia: Selangor mampu menangi final ke-50 -- Azman Adnan
Legenda bola sepak Selangor dan Malaysia, Azman Adnan, berasakan The Red Giants mampu memenangi final ke-50 mereka dalam saingan Piala Malaysia menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Final Piala Malaysia: FAM beri jaminan tiada isu pengadilan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan aksi final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada Sabtu ini berjalan lancar tanpa sebarang isu pengadilan.

Final Piala Malaysia: Tan Cheng Hoe idam bawa Selangor ke pentas Asia
Tan Cheng Hoe mengidamkan untuk membawa Selangor menjadi pasukan pertama bimbingannya layak ke pentas Piala AFC menjelang final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Rumour Has It: Arsenal plan £75million push for Brighton midfielder Moises Caicedo
Brighton and Hove Albion are desperate to retain the services of Moises Caicedo, but Arsenal are committed to prying him away this month.

Nets All-Star Kyrie laments horror run of injuries as Simmons, Warren leave hurt
The Brooklyn Nets lost a pair of rotation players on Thursday as Ben Simmons and T.J. Warren both limped off with knee injuries.

Mavericks superstar Doncic ruled out against the Suns after spraining ankle in first quarter
Luka Doncic lasted only three minutes against the Phoenix Suns on Thursday before a rolled ankle ended his game.

Brunson and Randle lead overtime victory for the Knicks, Pistons upset the Nets
The Boston Celtics missed some crucial free throws down the stretch to hand the New York Knicks an important road win on Thursday.

LeBron and Giannis named NBA All-Star captains, Kyrie and Zion among starters
The NBA announced the All-Star Game starters, as well as the captains, who will select their teams prior to tip-off.

Sam Ryder breaks away from the field at the Farmers Insurance Open
Only three players have a score better than six under through 36 holes, but Sam Ryder has flown ahead with a commanding lead at 12 under.

Simeone not plotting Atletico Madrid exit despite Copa del Rey collapse
Defeat to Real Madrid in the Copa del Rey has effectively ended Atletico Madrid's silverware quest but Diego Simeone isn't going anywhere.

Ajax sack Schreuder after going seven Eredivisie games without a win
After a good start as Ajax boss, Alfred Schreuder has paid the price for a run of form that has seen the Dutch giants drop to fifth place.

'We don't like to suffer' – Benzema relieved for extra-time success in Copa del Rey
A late flurry of goals ensured progress to the Copa del Rey semi-finals for Real Madrid, but Karim Benzema wants his side to be smarter.

Ukraine could boycott Paris 2024 if IOC allows Russian and Belarusian athletes to compete
The IOC could allow Russian and Belarusian athletes to feature at the 2024 Olympic Games despite the invasion of Ukraine.