Berdasarkan kemelut terkini di antara pengurusan kelab bola sepak Terengganu dan pengendalinya yang berasal dari Kelantan itu, Nafuzi Zain, nampaknya bagaikan tiada noktahnya.
Ia boleh diperhatikan melalui ulasan-ulasan yang diberikan kepada media masa oleh kedua-dua belah pihak dan ia melihatkan kemelut ini akan terus berpanjangan.
Kemungkinan juga hubungan di antara kedua-dua belah pihak itu bagaikan sudah berakhir. Sudah pasti ini tidak akan menyenangkan para peminat Sang Penyu.
Peminat-peminat Sang Penyu mengharapkan ada tawaran yang lebih baik daripada pengurusan Terengganu memandangkan jurulatih itu telah berjaya membawa Sang Penyu ke Piala AFC 2023 dan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
Tetapi yang lebih menariknya, Nafuzi telah berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap dan digeruni lawan walaupun pada awal musim ini skuad kendaliannya agak tidak stabil disebabkan ramai pemainnya dijangkiti COVID-19. Namun, itu bukan penghalang untuk Nafuzi mempersiapkan sebuah pasukan yang kuat.
Ia telah dibuktikan menerusi pencapaian baik Terengganu dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim ini, termasuk muncul finalis Piala FA.
Dan lebih penting Nafuzi telah berjaya mewujudkan indentiti bola sepak Terengganu serta melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat.
Jika kemelut ini tidak dapat diatasi dengan segera mungkin ia satu kerugian bagi Terengganu tetapi kita mengharapkan satu perbincangan yang lebih professional dapat dilakukan.
Walaupun umum sudah boleh mengetahui kemungkinan hubungan di antara Nafuzi dan Terengganu akan terlerai, namun penyelesaian secara baik dapat dilakukan.
Jika titik noktah itu dapat ditemukan di atas meja perbincangan, ia lebih baik dan akan menampakkan kedua-dua pihak lebih profesional.
Pada pandangan penulis, kedua-dua belah pihak perlu membuang sikap ego dan perlu lebih matang dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi terutama pengurusan tertinggi Sang Penyu.
Mereka perlu menjadi contoh dan tauladan kepada kakitangan mereka sendiri serta pemain apabila berada dalam era professional ini.
Sama-sama kita harapkan kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak demi kemajuan bola sepak negara.
Hasnizam Uzir
Tue Nov 15 2022


Terengganu FC tarik tajaan RM9j
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) setakat ini menerima tajaan berjumlah RM9 juta melibatkan 15 syarikat bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.

Ragbi Piala Agong: Hubungan akrab bantu Putrajaya bergelar juara -- Dugro
Bintang ragbi negara, K. Dineshwaran, berkata hubungan akrab sesama pemain telah menjadi kunci kejayaan Putrajaya menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong tahun ini.

Selangor-JDT buat perhitungan dalam final Piala Malaysia
Selangor menafikan hasrat kebangkitan Terengganu dalam perebutan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia biarpun tumpas dalam pertemuan timbal balik separuh akhir di Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Terengganu buru jaringan awal
Terengganu berdepan situasi hidup dan mati apabila tidak memiliki banyak pilihan selain mencari kemenangan sekurang-kurangnya 3-0 bagi memadam kelebihan Selangor, seterusnya mengisi slot final Piala Malaysia 2022.

Terengganu FC-Nafuzi tiada noktah?
Berdasarkan kemelut terkini di antara pengurusan kelab bola sepak Terengganu dan pengendalinya yang berasal dari Kelantan itu, Nafuzi Zain, nampaknya bagaikan tiada noktahnya.

Hodak label Terengganu pasukan pilihan terbaik selepas JDT
Terengganu disifatkan sebagai pasukan kedua terunggul dalam perebutan Piala Malaysia 2022 di belakang Johor Darul Tak'zim (JDT).

Kpah Sherman dalam prestasi terbaik
Peningkatan mendadak prestasi penyerang Terengganu FC (TFC), Kpah Sherman, di kempen Piala Malaysia bakal menjadi mimpi buruk kepada semua pencabar lain.

Terengganu tidak remehkan kebangkitan Sri Pahang
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, mengingatkan pemain pasukan itu supaya tidak berasa terlalu selesa untuk bertemu Sri Pahang FC dalam perlawanan kedua pusingan awal Piala Malaysia, esok.

Piala Malaysia: Terengganu, KL City bawa pulang bekalan selesa
Terengganu dan Kuala Lumpur (KL) City mencipta kemenangan selesa sebagai bekalan untuk perlawanan timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia 2022, sebentar tadi.

Terengganu waspada asakan Sri Pahang
Terengganu menetapkan misi ke Stadium Darulmakmur untuk memburu bekalan jaringan dalam pusingan 16 Piala Malaysia 2022.

Rumour Has It: Arsenal plan £75million push for Brighton midfielder Moises Caicedo
Brighton and Hove Albion are desperate to retain the services of Moises Caicedo, but Arsenal are committed to prying him away this month.

Nets All-Star Kyrie laments horror run of injuries as Simmons, Warren leave hurt
The Brooklyn Nets lost a pair of rotation players on Thursday as Ben Simmons and T.J. Warren both limped off with knee injuries.

Mavericks superstar Doncic ruled out against the Suns after spraining ankle in first quarter
Luka Doncic lasted only three minutes against the Phoenix Suns on Thursday before a rolled ankle ended his game.

Brunson and Randle lead overtime victory for the Knicks, Pistons upset the Nets
The Boston Celtics missed some crucial free throws down the stretch to hand the New York Knicks an important road win on Thursday.

LeBron and Giannis named NBA All-Star captains, Kyrie and Zion among starters
The NBA announced the All-Star Game starters, as well as the captains, who will select their teams prior to tip-off.

Sam Ryder breaks away from the field at the Farmers Insurance Open
Only three players have a score better than six under through 36 holes, but Sam Ryder has flown ahead with a commanding lead at 12 under.

Simeone not plotting Atletico Madrid exit despite Copa del Rey collapse
Defeat to Real Madrid in the Copa del Rey has effectively ended Atletico Madrid's silverware quest but Diego Simeone isn't going anywhere.

Ajax sack Schreuder after going seven Eredivisie games without a win
After a good start as Ajax boss, Alfred Schreuder has paid the price for a run of form that has seen the Dutch giants drop to fifth place.

'We don't like to suffer' – Benzema relieved for extra-time success in Copa del Rey
A late flurry of goals ensured progress to the Copa del Rey semi-finals for Real Madrid, but Karim Benzema wants his side to be smarter.

Ukraine could boycott Paris 2024 if IOC allows Russian and Belarusian athletes to compete
The IOC could allow Russian and Belarusian athletes to feature at the 2024 Olympic Games despite the invasion of Ukraine.