Empat daripada pemain pilihan utama telah tersingkir di pusingan pertama di Cluj, dengan Lucia Bronzetti turut menyertai Linette, Ana Bogdan dan Marta Kostyuk turut ditunjuk jalan keluar di awal saingan.
Pilihan kelima, Linette tewas 6-2 6-4 oleh Wang, sementara pilihan kesembilan Bronzetti tewas 4-6, 6-2, 6-4 kepada pemain ke-89 dunia, Dalma Galfi.
Anna Bondar mara ke suku akhir selepas pilihan kelapan itu menang 7-6 (7-3), 6-4 ke atas Harriet Dart.
First into the quarterfinals ?
— wta (@WTA) October 12, 2022
[8] Anna Bondar slides past Dart, 7-6 (3), 6-4 in Cluj-Napoca.#TO2022 pic.twitter.com/Tuai8BcS3j
Jasmine Paolini mengambil masa hanya 58 minit Untuk merekodkan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Dayana Yastremska.
Wakil Itali itu bakal bertemu Jule Niemeier, yang mengatasi Kamilla Rakhimova 6-4, 6-4.