Frances Tiafoe menamatkan rentak kemenangan 22 perlawanan Rafael Nadal di kejohanan Grand Slam dengan menewaskan juara utama 22 kali itu 6-4, 4-6, 6-4, 6-3 pada pusingan keempat Terbuka AS semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan Tiafoe, pilihan ke-22 di Flushing Meadows, terkejut dan mengalirkan air mata di gelanggang selepas dia berjabat tangan dengan pilihan kedua kejohanan Nadal.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan wakil lelaki Amerika termuda yang mara ke suku akhir di Terbuka AS sejak Andy Roddick pada 2006. Ia merupakan suku akhir kedua utama dalam kariernya.

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan sekarang. Saya sangat gembira. Saya tidak percaya,'' kata Tiafoe, yang berdepan pilihan kesembilan, Andrey Rublev di suku akhir. "Dia antara yang terhebat sepanjang zaman. . Saya bermain tenis yang sukar hari ini, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku.''

Wakil Australia, Nick Kyrgios, menyingkirkan pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Daniil Medvedev.

Ia sekaligus menjadikan Terbuka AS yang pertama tanpa dua pilihan utama yang mara ke suku akhir sejak tahun 2000, ketika pemain nombor satu dunia, Andre Agassi, tersingkir di pusingan kedua dan Gustavo Kuerten (kedua dunia) tewas di pusingan pertama.