Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, meneruskan kemaraan dalam saingan Terbuka Denmark selepas merekodkan kemenangan straights ke atas wakil Jepun, Kanta Tsuneyama, sebentar tadi.

Selepas melewati pusingan pertama mengatasi wakil Belanda, Mark Caljouw, Zii Jia berdepan pemain ke-15 dunia, Tsuneyama dalam buruan slot ke suku akhir.

Set pertama menyaksikan dominasi penuh daripada Zii Jia, mudah untuk merampas set dengan meraih kemenangan 21-5.

Tsuneyama bagaimanapun berusaha untuk bangkit dengan corak permainan yang lebih teratur, memaksa Zii Jia melakukan dan berjaya mendahului 18-15, namun pengalaman yang dimiliki Zii Jia beraksi di pentas tertinggi terbukti penghalang apabila wakil negara itu bangkit memastikan kemenangan 21-19.

Zii Jia bakal berdepan ujian yang lebih getir di suku akhir, bertemu wakil Indonesia Jonatan Christie, yang mengatasi Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong, 17-21, 21-9, 21-19.a