Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Denmark selepas mudah menyingkirkan rakan senegaranya, Liew Daren, 21-11, 21-14 untuk membuat perhitungan dengan Viktor Axelsen dalam perseorangan lelaki di Odense, hari ini.

Zii Jia dan Daren belum pernah bertemu sebelum ini dan kedua-dua pemain itu optimis akan peluang masing-masing selepas meraih kemenangan pusingan pertama kelmarin.

Zii Jia memperoleh kemenangan tipis ke atas Wang Tzu Wei dari Taiwan China, sementara Daren melepasi rintangan seteru veteran, Hans-Kristian Vittinghus, dengan straight set.