Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, terkandas dalam suku akhir Terbuka Denmark selepas tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, Viktor Axelsen 19-21, 19-21, awal pagi tadi.

Beberapa kesilapan menuju ke mata akhir setiap set memberi kelebihan kepada wakil tuan rumah itu untuk lebih unggul.

Zii Jia membenarkan lawannya mengorak langkah dalam set pertama ketika di kedudukan 15-15 dan saingan sengit terus dipamerkan dalam set berikutnya pula. Namun, Axelsen lebih bijak untuk mencuri mata bagi menggenggam kemenangan dalam tempoh 39 minit selepas terikat 19-19 mata.








Dalam Terbuka Republik Czech pula, Malaysia yang diketuai perseorangan lelaki selaku pilihan kedua kejohanan, Cheam June Wei, akan terbabit dalam 12 perlawanan suku akhir termasuk pertembungan sesama sendiri dalam semua kategori.