Erik ten Hag memuji sumbangan pemain gantian Luke Shaw, Marcus Rashford dan Anthony Martial selepas kemenangan 3-2 Manchester United ke atas Omonia Nicosia dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi.

The Red Devils ketinggalan 1-0 pada rehat menentang kelab Cyprus, dengan Karim Ansarifard meletakkan pasukan kendalian Neil Lennon di hadapan pada minit ke-34.

Ketika United mendominasi sebahagian besar permainan, mereka gagal mencipta sebarang pembukaan yang jelas dalam 45 minit pertama.

Tetapi ia berubah selepas rehat berikutan pengenalan Shaw dan Rashford, apabila mereka bergandingan menghidupkan semula semangat United apabila Rashford menjaringkan gol penyamaan.

Martial kemudian dibawa masuk selepas 62 minit dan membuat impak dengan menjaringkan gol daripada luar kotak penalti.

Penyerang England itu menjaringkan gol kedua pada lewat permainan apabila dia menampan masuka hantaran Cristiano Ronaldo, sebelum Nikolas Panayiotou menjaringkan gol pada minit ke-85 memberikan suasana lebih rancak sehingga tamat perlawanan.

Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan Ten Hag mengubah corak perlawanan di Cyprus, dan Ten Hag teruja dengan persembahan tiga pemain gantiannya.

“Saya berasakan Marcus dan Luke pasti [tajam] tetapi Anthony Martial juga,” kata bekas pengurus Ajax itu kepada BT Sport. “Saya berasakan pemain gantian mempunyai impak yang baik dan itu menjadikan pasukan lebih kuat.

Ditanya apa yang dia minta perubahan pada separuh masa, Ten Hag berkata, “Beberapa perkara; lebih banyak larian. Kami terlalu statik dan kami perlu melakukan pergerakan. Itulah sebabnya.

"Saya berpendapat kami bermula dengan baik dan jaringan pasukan lawan seharusnya tidak berlaku," tambahnya. “Itu tidak boleh berlaku dan ia merupakan 10 minit yang sangat teruk [sebelum separuh masa].”