Pengorbanan pelumba sensasi, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad, menahan rasa sakit ternyata berbaloi apabila meraih emas kedua peribadi dalam acara lepas beramai-ramai perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 hari ini.

Pelumba Johor itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas iaitu 3 jam 18 minit dan 03.000 saat (s) pada perlumbaan yang berlangsung D'Tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.

“Tak sangka akan menjadi penyumbang emas kedua secara individu untuk Johor kerana di sepanjang perlumbaan, saya dijaga rapi oleh pelumba lain. Namun rezeki menyebelahi saya dan berjaya melakukannya.

“Sebenarnya saya mengalami kecederaan semalam (Khamis). Alhamdulillah sempat pulih dan semasa perlumbaan ini pun cuaca baik. Saya cuba fokus dan ketepikan rasa sakit itu. Apabila menang, hilang semua sakit,” katanya.

PENGORBANAN pelumba sensasi, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad menahan rasa sakit ternyata berbaloi apabila meraih emas kedua peribadi dalam acara lepas beramai-ramai perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Jumaat.

Pelumba Johor itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas iaitu 3 jam 18 minit dan 03.000 saat (s) pada perlumbaan yang berlangsung D'Tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.

“Tak sangka akan menjadi penyumbang emas kedua secara individu untuk Johor kerana di sepanjang perlumbaan, saya dijaga rapi oleh pelumba lain. Namun rezeki menyebelahi saya dan berjaya melakukannya.

“Sebenarnya saya mengalami kecederaan semalam (Khamis). Alhamdulillah sempat pulih dan semasa perlumbaan ini pun cuaca baik. Saya cuba fokus dan ketepikan rasa sakit itu. Apabila menang, hilang semua sakit,” katanya.

kredit: Sinar Harian