Nor Sarah Adi makin terasa bahang Sukan Malaysia (Sukma) MSN yang bermula Jumaat depan berikutan ini merupakan penampilan terakhirnya dalam saingan pecut 100 dan 4x100m.

Bagi individu yang mengesan bakat luar biasanya itu ketua jurulatih skuad olahraga negara, Manshahar Abd Jalil, mengesahkan satu program khas telah dirangka buat Sara Adi dengan motif utamanya adalah untuk mempertahankan kilauan pingat emas Sukan SEA di Kemboja, tahun depan.

Memandangkan Nor Sara memulakan karier olahraga dalam saingan trek balapan, Mansahar mencabar atlet serba boleh berusia 22 tahun itu untuk mendominasi saingan pecut dalam edisi ke-20 berkenaan sebelum beralih ke acara lompat bergalah dengan sepenuhnya.

"Saya pasti Sukma juga penting untuk menentukan kedudukan Nor Sarah.

"Saya harap pingat emasnya (dalam lompat tinggi) dapat dikekalkan dengan pencapaian yang lebih baik.

"Saya rasa dia juga seorang atlet berpotensi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Setakat ini dia tidak kecundang apabila memberikan persembahan yang baik dan kekalkan prestasi, yang penting adalah latihannya kelak.

"Saya rasa Nor Sarah sendiri inginkan medal dalam acara pecut dan lompat bergalah.

"Saya rasa harapan terhadapnya tinggi dan dia sudah bersedia untuk mendapatkan pinggat untuk negeri Pahang," kata Manshahar.