Mohamed Salah menjadi pemain pertama untuk meledak hatrik di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford selepas dua jaringan pembukaan daripada Naby dan Diogo Jota dalam tempoh 13 minit sekaligus menyaksikan United merapati kekalahan terbesar.
United tewas tiga dan seri sekali dalam empat perlawanan EPL, jatuh ke tangga ketujuh -- lapan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea selepas sembilan perlawanan.
Namun, Solskjaer tetap yakin pada kedudukannya dan kemampuannya untuk mengembalikan kegemilangan kepada United, namun tetap bertanggungjawab dengan keputusan ini.
"Saya tidak mendengar perkara lain [selain sokongan daripada kelab]," kata Solskjaer. "Saya masih lagi memikirkan tugas untuk aksi seterusnya. Sememangnya, kami sedang berduka cita.
"Saya tidak berasa teruk berbanding situasi ini. Inilah keputusan yang mengecewakan bagi kami, saya bertanggungjawab sepenuhnya.
"Saya masih lagi percaya dengan kemampuan diri dan semaki hampir untuk mencapai sasaran kelab ini. Keputusan ini tidak memadai. Kami akan berdepan Tottenham kemudian Atalanta dan Man City seterusnya. Kami perlu menghadapinya dengan mentaliti yang terbaik.
"United pernah berdepan waktu sukar sebelum ini dan kami sentiasa bangkit. Kami bermula hambar dan kini perlu mendapatkan keputusan yang positif dan mengelak daripada dibolosi."
5 - Manchester United have suffered their heaviest ever defeat at home to Liverpool, whilst it's the first time they have lost to-nil by 5+ goals at home since February 1955 (5-0 v Man City). Erosion. pic.twitter.com/ZeGo6Lm69M
— OptaJoe (@OptaJoe) October 24, 2021