REAL MADRID 2 CLUB AMERICA 2

Santiago Solari melahirkan rasa bangganya terhadap keupayaan Vinicius Junior menawan hati peminat Real Madrid selepas pasukan bimbingannya, Club America, berdepan gergasi Eropah itu dalam perlawanan pemanas badan, sebentar tadi.


Vinicius dinamakan dalam skuad utama sebelum digantikan ketika pertemuan itu berakhir 2-2 yang menyaksikan Karim Benzema dan Eden Hazard mencatat nama selaku penjaring.

Selepas muncul dalam barisan simpanan kelab, Solari berdepan tugas sukar dicemburui sebagai pengurus sementara Real Madrid, sejurus kempen Piala Dunia berikutan pemecatan Julen Lopetegui pada Oktober 2018.

Pengurus berusia 45 tahun itu bertindak menduduki kerusi panas berkenaan kurang dari lima bulan tetapi Zinedine Zidane dan Carlo Ancelotti boleh dikatakan memanfaatkan sepenuhnya potensi pemain muda seperti Vinicius dan Federico Valverde biarpun terpaksa meminggirkan Isco dan Marcelo.

Corak permainan Vinicius masih tidak menentu pada awal ketibaannya sebelum menikmati musim menarik yang menyaksikannya menjadi wira dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Mei lalu.

Lantas, Solari, yang kini berpangkalan di Mexico City bersama Club America, bertindak memuji pemain itu termasuk struktur dan persekitaran pembangunan yang disediakan oleh Real Madrid kepada bakat muda.

"Ada sekelumit rasa bangga selepas membantu membentuk pemain," katanya kepada Marca.



“Tetapi perkembangan pemain seperti Valverde, Sergio Reguilon, Llorente, adalah hasil usaha kelab termasuk jabatan merekrut pemain serta kemudahan yang disediakan buat pemain.

"Pujian harus diberikan kepada pemain itu sendiri. Jika ada sedikit daripada saya atas apa yang telah Vinicius capai, adalah menerusi cara dia merebut tempat dalam skuad dan memenangi hati orang, dia adalah seorang pemain yang hebat dan menarik.

"Objektif jurulatih bukan untuk berusaha untuk membuat keputusan tepat, sebaliknya bekerja dan melakukan yang terbaik buat sesebuah institusi pada masa tertentu apabila tiba masanya.

"Real Madrid sentiasa membuat keputusan tegas, Kami mempunyai 14 trofi Liga Juara-Juara dan kami sentiasa dalam perjalanan untuk kejayaan yang seterusnya."