ATLETICO 1 REAL MADRID 2

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, menganggap Real Madrid mirip sebuah pasukan yang pernah dibentuknya selepas tewas 1-2 di tempat sendiri, awal pagi tadi.


Simeone menganggap seteru kota itu menggunakan taktik bertahan sebelum melancarkan serangan balas yang cukup berkesan.

Sepanjang sembilan tahun mengendalikan Atletico, pendekatan permainan pengurus kelahiran Argentina tersebut -- mengatasi rekod penampilan Luis Aragones sebagai pengurus -- sering dianggap membosankan tetapi hakikatnya, itulah strategi yang menjadi resepi juara bertahan LaLiga berkenaan di Stadium Wanda Metropolitano

"Saya dibiarkan dengan perasaan tidak tewas dalam sebahagian besar perlawanan ini sekalipun keputusannya adalah sebaliknya", katanya dalam sidang media selepas perlawanan seperti yang dilaporkan Marca.




“Keutuhan mereka sangat indah untuk dilihat, pasukan yang bertahan dengan blok rendah sebelum melancarkan serangan balas.

“Ia mengingatkan saya kepada pasukan yang pernah saya bentuk ketika kami mempunyai Diego Costa, tetapi mereka mengkritik kami ketika itu!”