Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, muncul atlet terbaik Malaysia apabila menghuni ranking ketujuh dunia acara keirin, satu anak tangga di belakang juara Sukan Komanwel, Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago.

Pencapaian itu hadir selepas pelumba kelahiran Muar, Johor itu meraih tangga ke-10 keirin Kejohanan Dunia di Perancis yang tamat Ahad lalu.

Ia terbukti pelumba berusia 27 tahun itu sudah sedia untuk mencabar pingat Sukan Asia, tahun depan.