JUVENTUS 2 SALERNITANA 2

Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, kecewa dengan nasib yang tidak memihak pasukannya selepas video bantuan pengadil (VAR) membatalkan gol kemenangan mereka sehingga terikat 2-2 dengan Salernitana dalama aksi Serie A awal pagi tadi.

Arkadiusz Milik kelihatan berhasil menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-94 di Stadium Allianz tetapi VAR membatalkan jaringan itu kerana bola berkenaan sedikit terkana Leonardo Bonucci, yang berada di posisi ofsaid.

Terdahulu, Bonucci menyamakan kedudukan buat Juventus seminit sebelum insiden berkenaan selepas sepakan penalti awalnya diselamatkan untuk Juve bangkit setelah ketinggalan 0-2 dalam babak pertama.

Lebih menambahkan keperitan Juve apabila Milik turut dilayangkan kad kuning kedua kerana keraiannya sebelum jaringan itu dibatalkan.

Suhu dalam padang di Torino kian panas disebabkan perkelahian pemain kedua-dua pasukan sehingga pemain Juventus, Juan Cadrado, dan Federico Fazio dari Salernitana di layangkan kad merah selain Allegri juga diperintahkan keluar padang.

Allegri berkata kepada wartawan mengenai kekecewaannya: "Saya tidak dapat memberikan interpretasi kerana saya bukan pengadil, anda perlu menerima keputusan ini. Saya fikir pengadil ini amat bagus.

"Tentang gol itu, saya mahu melihat imej yang boleh menampakkan (Antonio) Candreva berada di depan bola sewaktu sepakan penjuru itu diambil. Saya mahu tahu jika ada imej yang dapat melihat kedudukan Candreva.

"Sejak awal musim ini, kami agak kurang bernasib baik dengan VAR, anda boleh katakan seperti itu," katanya.