Jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan, Mohd Rashidi Nordin, lebih khuatir dengan pemain di posisi tekong di sebalik tiga pemain kebangsaan pemain masih belum melaporkan diri.

Tinjauan Nadi Arena di kem latihan skuad sepak takraw kebangsaan menuju ke Piala Dunia di Korea Selatan, dari 25-30 November ini menyaksikan masih belum tampak kelibat Norfaizz Abd Razak, Muhammad Zuhri Zin dan Norhafizi Abd Razak di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, atas alasan kukuh.

Malah, ketiadaan mereka tidak memberi kesan besar kepada persiapan kebangsaan.

"Kalau berdasarkan persembahan di peringkat tempatan adalah baik tetapi persaingannya tidak sama dengan prestasi di peringkat antarabangsa pula.

"Kami buat persiapan rapi supaya Syahir dapat kembali ke prestasi terbaik bagi membantu sepak takraw negara," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Dalam masa sama, tekong negara, Syahir Rosdi, tidak menafikan berasa kebimbangan serupa, lebih-lebih lagi tidak bersama skuad kebangsaan selama empat tahun.

Kali terakhir pemain dari Pulau Pinang itu membuat penampilan di pentas antarabangsa ialah menerusi Sukan Asia Palembang 2018 di mana Malaysia ditabalkan juara.

"Saya tidak dapat membantu pasukan dalam kejohanan Piala Raja-Raja Thai.

"Kali ini saya hendak bantu pasukan dan saya hendak menjuarai kejohanan.

"Kami tidak boleh ambil mudah dengan saingan Indonesia dan Korea Selatan. Kami perlu kalah mereka terlebih dahulu sebelum mengalahkan Thailand," katanya pula.