LYON 0 PSG 1

Neymar gembira apabila dapat memberi sumbangan bermakna untuk kempen awal musim ini bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas membantu kemenangan 1-0 ke atas Lyon, awal pagi tadi.


Gergasi dari Paris itu merampas penguasaan Ligue 1 dengan kelebihan dua mata di depan Marseille menerusi jaringan tunggal Lionel Messi pada minit ke-5.

Gol ketua pasukan Argentina itu terhasil menerusi umpanan Neymar yang sudah mengilhamkan tujuh bantuan jaringan musim ini.

Sergio Ramos juga hampir mencetak nama selaku penjaring sebelum golnya dibatalkan akibat ofsaid.

“Saya berasa sangat gembira kerana telah mencapai banyak perlawanan dalam Ligue 1 bersama PSG. Saya juga lebih gembira kerana kami memenangi perlawanan ini.



"Ya, ia adalah perlawanan yang sangat bagus malam ini, kami bermain dengan sangat baik. Kami memenangi perlawanan ini walaupun menentang lawan yang sukar.

“Kami perlu bermain dengan baik di bahagian pertahanan dan ke hadapan dan itulah yang membolehkan kami memenangi perlawanan ini yang merupakan bahagian paling penting.”