Romelu Lukaku menyifatkan pengalaman pertama bersama Chelsea 'menyakitkan', namun menegaskan ia telah membantunya untuk meningkat menjadi pemain yang lebih baik dan yakin kepulangannya ke Stamford Bridge tepat pada masanya.

Penyerang Belgium itu menyertai Blues dari Anderlecht pada 2011 sebagai pemain muda, tetapi hanya beraksi selama 159 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum dipinjamkan ke West Brom dan Everton sebelum berpindah ke Goodison Park secara tetap pada 2014.

Tiga tahun beraksi bersama kelab Merseyside itu sebelum berhijrah ke Manchester United dan Inter, sebelum Lukaku kembali ke Chelsea musim ini.

Dia telah menjaringkan empat gol dalam semua pertandingan setakat ini, sekurang-kurangnya lebih banyak dua jaringan berbanding rakan sepasukan lain.

Pemain berusia 28 tahun itu percaya tempoh dia bersama kelab London itu sebelum ini telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya.

"[Kali pertama saya bersama Chelsea] amat memedihkan dan banyak membantu, tetapi saya boleh mengatakan lebih banyak membantu kerana ia memberikan saya mentaliti dan dan sasaran yang diperlukan untuk menjadikan saya pemain hari ini," kata Lukaku.


"Saya mengetahui saya mampu berkembang sebagai seorang pemain, jadi ia adalah mengenai ketepatan pada masa," katanya lagi. "Saya memiliki dua pulang untuk kembali tetapi ia tidak berlaku atas beberapa sebab.

"Kini saya lebih tenang, lebih matang sejak berkeluarga. Selepas menang di Itali dan mengetahui apa yang diperlukan untuk berada di puncak, ia benar-benar membantu saya."