Mohamed Salah "menderita" selepas barisan hadapan Liverpool yang digeruni dibubarkan musim ini, menurut Jurgen Klopp.

Sadio Mane berkelana ke juara Bundesliga, Bayern Munich, awal musim ini sementara Roberto Firmino melihat peranannya makin terhad berikutan ketibaan Darwin Nunez dan Cody Gakpo, baru-baru ini.

Pemain antarabangsa Mesir, Salah, kekal selaku penyerang utama tetapi bergelut di depan gawang dalam kempen kali ini apabila sekadar menyempurnakan 11.7 peratus peluangnya untuk mencetak tujuh gol Liga Perdana Inggeris (EPL).

Angka itu mungkin kelihatan buruk bagi pemenang Kasut Emas EPL sebanyak tiga kali tersebut memandangkan dia menyumbat 19 gol pada kempen 2019-20.

"Sudah tentu dia menderita," kata Klopp menjelang pertembungan pusingan keempat Piala FA dengan Brighton & Hove Albion, malam ini, dalam prestasi terbaik.



"Ia adalah satu perlawanan yang spesifik dan menyerang yang menuntut banyak kerja dan banyak maklumat dilakukan."

Salah, Firmino dan Mane membantu Liverpool untuk merangkul mahkota Liga Juara-Juara dan gelaran EPL walaupun gandingan ketiga-tiga penyerang itu kini hanya tinggal kenangan di Anfield.

"Ia adalah jentera dibentuk dengan baik oleh penyerang tiga serangkai dan segala apa yang kami lakukan adalah jelas," tambah pengurus Jerman itu.

"Anda mencipta perasaan tentang banyak perkara ini, tentang kedudukan rakan sepasukan dan di mana untuk menghantar bola tanpa melihat rakan sepasukan anda."