Kehadiran Cristiano Ronaldo di Juventus mungkin telah memberikan kesan negatif buat sesetengah rakan sepasukan, kata Leonardo Bonucci.

Tempoh tiga tahun kapten Portugal, Ronaldo, di Stadium Allianz berakhir bulan lalu apabila kembali ke Manchester United.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu merupakan pemain penting buat gergasi Itali itu, menjaringkan 101 gol dalam 134 penampilan.

Ia termasuk 36 gol bagi musim 2020-21, bilangan yang diatasi empat pemain di seluruh Eropah dalam semua pertandingan.

Tetapi Juventus terlepas kejuaraan sementara menamatkan saingan liga di tempat keempat.

The Bianconeri memenangi dua gelaran Scudetto dalam dua musim terdahulu bersama Ronaldo, tetapi mereka tidak pernah melepasi suku akhir Liga Juara-Juara dalam tiga percubaan.

Bonucci menyatakan Juve terlalu bergantung kepada Ronaldo -- yang meledak lima gol dalam lima perlawanan sejak bergabung bersama United -- untuk memenangi perlawanan.

"Inilah sebabnya. Satu idea yang menyatakan seorang pemain, terbaik dunia, mampu menjamin kejayaan Juventus," katanya kepada The Athletic. "Kehadiran Cristiano memberi pengaruh besar kepada kami.

"Hanya berlatih dengannya memberi kami sesuatu yang lebih baik tetapi secara sedar pemain mula menganggap kehadirannya sahaja sudah cukup untuk memenangi perlawanan.

"Kami mula leka, lupa perasaan rendah diri, pengorbanan, keinginan untuk sentiasa memberikan yang terbaik di samping rakan sepasukan anda dari hari ke hari. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, anda dapat melihatnya.

"Musim lalu, kami menduduki tempat keempat dan memenangi Coppa Italia kerana kami menjadi satu pasukan lagi.

"Mungkin kami sudah terbiasa apabila memberikan bola kepada Cristiano dia akan memastikan kemenangan. Tetapi Cristiano memerlukan pasukan seperti yang kami perlukan.

"Perpindahan harus berlaku kerana satu pasukan yang mengangkat seorang pemain walaupun pemain itu adalah terbaik di planet ini."



Juventus merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea hasil jaringan Federico Chiesa dalam saingan Liga Juara-Juara sementara United bangkit memastikan kemenangan 2-1 ke atas Villareal, Ronaldo muncul peledak gol kemenangan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.