Pengerusi Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, mendedahkan bahawa James Rodriguez akan kekal bersama pasukan itu walaupun wujud khabar angin untuknya kembali bersama Real Madrid.

Rodriguez, 27, menyarung jersi Bayern melalui pinjaman selama dua tahun, namun kelab gergasi Bundesliga itu mempunyai pilihan untuk mendapatkannya secara tetapi pada harga RM200 juta.

Bagaimanapun, perjanjian itu tampak mampu berubah selepas Cristiano Ronaldo meninggalkan Los Blancos untuk ke Juventus.

"Situasi kontrak itu sangat jelas. Banyak perkara yang tiba dari Sepanyol kebiasaannya tidak begitu tepat," kata Rummenigge.

"Saya boleh katakan bahawa pada musim ini, Rodriguez akan beraksi buat Bayern."

Pada musim lalu, Rodriguez melakukan 39 penampilan dalam semua kejohanan buat Bayern dengan menyumbat lapan gol dan mencipta 19 bantuan jaringan.