REAL BETIS 0 REAL MADRID 0

Carlo Ancelotti berikrar bahawa Real Madrid tidak akan berputus asa mengejar Barcelona di puncak LaLiga biarpun barisan kendalian ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu itu.


Madrid buntu tanpa jaringan dengan Real Betis, awal pagi tadi -- beberapa jam selepas 10 pemain Barcelona berjuang untuk kemenangan 1-0 di tempat sendiri menentang Valencia.

Los Blancos masih perlu bertandang ke Barca dalam tempoh dua minggu lagi, tetapi statistik Opta meletakkan juara bertahan itu hanya 9.8 peratus untuk merampas tangga teratas.

Melihat pasukannya tercicir mata lagi selepas terikat 1-1 ketika berdepan Atletico Madrid minggu lalu, Ancelotti melaungkan Madrid perlu berusaha keras.


“Ia tidak mustahil,” katanya kepada Movistar mengenai harapan untuk menghambat kedudukan Barca.

“Ia akan menjadi sangat sukar, sangat rumit tetapi kami akan berjuang hingga tamat.

"Sudah tentu keputusan ini memberi kesan kepada pasukan.

"Jika tidak, maka anda tiada ruang untuk menambah baik."