Marcus Rashford mendedahkan 'kekecewaannya' dan berikrar Manchester United akan menebus kegagalan selepas diatasi Liverpool 5-0.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer mengalami kekalahan terbesar di laman sendiri kepada Reds, sementara tewas dengan lima jaringan tanpa balas buat pertama kali sejak Februari 1955.

United ketinggalan empat jaringan pada separuh masa pertama buat pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika skuad kendalian Jurgen Klopp yang berada di tahap cemerlang.

Rashford beraksi sehingga minit ke-62 di Old Trafford sebelum digantikan oleh Diogo Dalot dan pemain kebangsaan England itu meluahkan kekecewaan atas persembahan pasukannya.

"Saya tidak dapat mengatakan apa-apa selepas perlawanan tempoh hari," kata Rashford.

"Saya berasa sangat malu. Penyokong kami adalah segalanya dan anda tidak berhak menerima keputusan itu. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki perkara ini. Kami perlu menebus kesilapan ini."