Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Ramon Marcote, berharap khabar angin yang mengaitkannya dengan sebuah pasukan Liga Malaysia akan menjadi kenyataan.

Gempar di media sosial apabila Marcote dikaitkan dengan sebuah kelab gergasi tanah air bagi musim 2023.

Bagi menjawab mengenai perkara itu, pengendali berusia 45 tahun berkenaan berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Saya fikir khabar angin itu merupakan sesuatu yang normal.

"Saya fikir ia kerana ramai yang masih ingat bagaimana permainan Kedah sewaktu itu (sewaktu di bawah bimbingan saya).

"Dan mereka juga mencari dan mahukan perkara sama, jadi apabila saya membaca berita itu, saya dapat lihat ramai yang bercakap mengenai pasukan kami ketika itu.

"Mereka mengikuti pasukan Kedah ketika itu, mereka masih ingat nama barisan kejurulatihan sewaktu itu, nama pemain ketika itu, jadi saya fikir ia sesuatu yang normal.

"Tetapi adakah mereka mahu, apakah mereka mahu melihat khabar angin ini menjadi kenyataan pada masa akan datang?" katanya.