Bintang ragbi negara, K. Dineshwaran, berkata hubungan akrab sesama pemain telah menjadi kunci kejayaan Putrajaya menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong tahun ini.

Putrajaya bergelar juara buat kali pertama sepanjang sejarah mereka selepas menundukkan juara bertahan, Terengganu, 18-15 dalam aksi final di Stadium TUDM Subang hari ini.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, Dineshwaran, yang lebih mesra disapa dengan panggil Dugro, berkata: "Ia satu perlawanan yang amat sukar, kami sedar Terengganu akan memberikan kami waktu sukar dan pemain kami memastikan ia menjadi kenyataan.

"Seperti yang anda dapat lihat, ia adalah disebabkan ikatan kami. Saya tidak pernah jangka saya akan dapat serasi dengan pasukan ini kerana saya baru sahaja pulang ke Malaysia pada Jun lalu.

"Daripada pihak pengurus, kitman, penaja, presiden dan pemain, semuanya bergerak ke arah satu tujuan, kami mahu menjadi juara.

"Daripada perlawanan pertama sehingga terakhir, sasaran semua orang adalah untuk mencipta kejayaan bergelar juara buat kali pertama.

"Saya amat gembira dapat pulang dan bermain ragbi dengan baik di Malaysia," katanya.