PSG 4 NANTES 0

Christophe Galtier memuji kemahuan tinggi Paris Saint-Germain (PSG) selepas mereka memenangi Trophee des Champions dengan kemenangan 4-0 ke atas Nantes, sebentar tadi.


Lionel Messi -- diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan -- membuka tirai jaringan di Stadium Bloomfield di Tel Aviv itu sebelum Neymar menggandakan kelebihan mereka dengan sepakan percuma yang menarik.

Sergio Ramos kemudian menokok gol ketiga sebelum Neymar mencetak gol kedua peribadinya menerusi sepakan penalti lewat selepas insiden yang menyaksikan Jean-Charles Castelletto dibuang padang.

PSG merampas semula Trophee des Champions selepas rentetan lapan kejuaraan musim mereka berkecai di tangan Lille musim lalu, lantas Galtier gembira dengan rentak pasukannya dalam perlawanan kompetitif pertamanya itu.

"Kami menyajikan satu perlawanan yang sangat serius dan saya gemar dengan hakikat bahawa kami mendekati perlawanan ini dengan kemahuan dan keazaman yang tinggi," katanya kepada Amazon Prime Video.



“Kami mencipta beberapa peluang menarik pada awal permainan dan pihak lawan cuma mempunyai satu atau dua peluang.

"Kami tekal dan saya melihat pemain berusaha keras; itu penting bagi saya. Ini adalah satu kemenangan yang hebat. Adalah bagus untuk membawa trofi ini kembali ke Paris."