Paris Saint-Germain (PSG) sebolehnya mahu mengelak merombak penyerang tiga serangkainya yang dibarisi Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.

Ketiga-tiga penggempur tersebut memacu jaguh Ligue 1 itu untuk melalui permulaan garang musim ini di sebalik masa depan Mbappe yang tidak menentu.

Bekas duo Barcelona, Neymar dan Messi, menghasilkan prestasi terbaik yang menyaksikan masing-masing terlibat dalam 22 dan 23 gol.

Menjelang pertemuan dengan Troyes hujung minggu ini, Galtier mengakui jadual padat mungkin memaksa rombakan di bahagian serangan, tetapi dia masih menaruh harapan bahawa ketiga-tiga pemain handalan itu cergas untuk menyambung perjuangan mereka.

"Keletihan mereka akan menilai bagi menentukan adakah mereka bermain atau tidak," kata pengurus PSG, Christophe Galtier.



“Mereka telah menyumbangkan 40 daripada 50 gol buat kami musim ini, jadi perubahan yang akan dibuat bukanlah berdasarkan prestasi mereka.

"Apabila kami mempunyai dinamik ini, kami tidak merombaknya. Kami mahu mengekalkannya.

"Kakitangan perubatan telah melakukan kerja yang sangat baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pemain dalam keadaan baik. Apabila dinamik ini wujud, ia perlu dikekalkan."