Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara.

Messi sehingga kini dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona, di mana dia menghabiskan 21 tahun kariernya sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) secara perpindahan percuma pada Ogos 2021.

Ronaldo, dalam pada itu, menjulang sembilan trofi sepanjang bersama Real Madrid sebelum mewakili Juventus, Manchester United dan yang terkini kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Dengan terdapat cakap-cakap mengenai kemungkinan untuk Ronaldo kembali ke saingan liga divisyen utama Sepanyol itu, Cerezo percaya ia akan memberikan faedah yang besar buat liga berkenaan sekiranya dua pemain bintang itu dapat kembali beraksi bersama mereka suatu hari nanti.

"Bagi saya, 1a kelihatan amat hebat jika Messi kembali ke liga ini, sama juga dengan Ronaldo," katanya sewaktu menghadiri final Kejohanan Tenis Terbuka Barcelona hujung minggu lalu.

"Kedua-dua mereka masih bermain dan ia akan menjadi amat hebat jika mereka dapat kembali ke sini."