Graham Potter berasakan Chelsea tidak mempunyai kualiti untuk bangkit dalam perlawanan menentang Newcastle United.
Chelsea hanya berjaya melakukan dua percubaan tepat ke arah sasaran ketika Joe Willock menghasilkan jaringan sekaligus membenarkan Newcastle meraih tiga mata penuh dalam kemenangan 1-0 di St James' Park awal pagi tadi.
Pasukan kendalian Potter paling hampir menjaringkan menerusi Conor Gallagher namun berjaya dinafikan Nick Pope, dengan 17 gol mereka dalam 14 aksi Liga Perdana Inggeris musim ini merupakan paling sedikit pada peringkat musim ini sejak 2015-16, apabila mereka menamatkan saingan di tempat ke-10.
Potter menjadi pengurus Chelsea pertama yang tewas tiga perlawanan liga berturut-turut sejak Jose Mourinho pada 2015, dan bekas pengendali Brighton and Hove Albion itu kecewa dengan persembahan jentera serangan pasukannya.
"Terdapat terlalu banyak kesilapan," kata Potter kepada Sky Sports. “Kami mempunyai kualiti untuk bermain tetapi gagal melakukannya dengan baik.
"Newcastle memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Kami kembali ke separuh masa kedua dengan percubaan Conor tetapi kemudian mereka menjaringkan gol. Mereka memberikan tekanan dengan intensiti tinggi.
"Kami mencuba tetapi pada akhirnya kekurangan kualiti untuk mendapatkan gol yang kami perlukan. Kami perlu melakukan lebih banyak lagi untuk bangkit untuk menyatakan kami berhak meraih sesuatu daripada perlawanan ini."
Potter membalas jaringan Willock dengan membawa masuk tiga baki pemain gantiannya -- Hakim Ziyech, Marc Cucurella dan Kai Havertz.
Potter berasakan perubahan itu diperlukan dan ia memberi kesan positif, walaupun dalam kekalahan, dia berkata, "Kami terpaksa melakukan perubahan pada separuh masa kedua kerana mereka mengatasi kami.
"Kami memerlukan pemain tambahan di bahagian tengah. Kami bertindak balas dengan agak baik. Sebaik sahaja kami ketinggalan 1-0, kami membawa masuk pemain baru.
"Ia adalah perlawanan yang sengit, [dengan] peluang yang tidak banyak. Ini adalah tempat yang sukar untuk mendapatkan kemenangan. Ia tidak bagus untuk kami. Kami berada dalam situasi yang mengecewakan."
Ammar Hakim
Sun Nov 13 2022


EPL: Perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp berakhir Liverpool seri dengan Chelsea
Dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut, Liverpool dan Chelsea, sekadar seri tanpa jaringan di Anfield, dalam aksi yang juga merupakan perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp sebagai pengurus.

EPL: Chelsea terus belanja besar dengan datangkan Madueke dari PSV
Chelsea menandatangani Noni Madueke daripada PSV, sekali gus menjadi pemain keenam ditandatangani mereka sepanjang jendela perpindahan bulan ini.

Chelsea: Edouard Mendy rehat panjang akibat patah jari
Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, selesai menjalani pembedahan jari yang patah yang dialaminya dalam latihan minggu ini.

Piala FA Inggeris: Graham Potter yakin tidak jadi mangsa pemilik baru Chelsea
Graham Potter optimis Todd Boehly tidak akan meneruskan legesi seperti Roman Abramovich tatkala Chelsea berjuang untuk menyelamatkan musim mereka.

Benfica ceria fikiran Enzo Fernandez kembali jernih selepas dibayangi Chelsea
Roger Schmidt tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan semula khidmat Enzo Fernandez dalam latihan selepas mengisytiharkan fikiran pemain tengah Benfica itu sudah lapang sejurus kemenangan Liga Primeira, awal pagi tadi.

Potter persiap Raheem Sterling hadapi Manchester City
Graham Potter berkata permulaan mencabar Raheem Sterling di Chelsea sememangnya dapat difahami, tetapi pengurus itu menjangkakan anak buahnya tersebut akan terus berkembang menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya, Manchester City.

Azpilicueta tidak rela Chelsea terus hanyut
Chelsea perlu bersatu untuk mengekalkan harapan dalam usaha perebutan empat tempat teratas musim ini apabila Cesar Azpilicueta menyeru rakan sepasukannya agar mengelak daripada terus keciciran mata.

Lampard dedah cuba bawa Haaland ke Chelsea
Frank Lampard cuba dan gagal membawa masuk khidmat penyerang, Erling Haaland ke Chelsea semasa mengendalikan The Blues.

EPL: Recee James perlu rehat sebulan selepas kecederaan lutut berulang
Recee James perlu berehat selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut berulang, demikian keputusan selepas pemain itu menjalani ujian imbasan.

EPL: Chelsea capai kesepakatan dengan Molde tandatangani Fofana
Chelsea mencapai satu kesepakatan dengan Molde untuk menandatangani penyerang, David Datro Fofana, pada 1 Januari ini, di mana The Blues dilaporkan membelanjakan £10.5 juta (RM55.97 juta) untuk mendatangkan pemain kebangsaan Ivory Coast itu.

McIlroy takes three-shot lead into final round of Dubai Desert Classic
The world number one showed his class in Dubai on Sunday as Rory McIlroy gave himself a cushion ahead of the final round.

Caicedo transfer plea a 'mistake' but De Zerbi casts doubt over Brighton's stance
Moises Caicedo has asked to leave Brighton and Hove Albion, and Roberto De Zerbi hinted Monday and Tuesday could be vital in the saga.

Milan 2-5 Sassuolo: Neroverdi add to Rossoneri misery with San Siro thrashing
Milan have conceded at least four goals in consecutive Serie A games for the first time in their history as Sassuolo ran riot on Sunday.

Australian Open: Djokovic the 'greatest that ever held a tennis racquet', declares runner-up Tsitsipas
Novak Djokovic moved level with Rafael Nadal on 22 grand slam titles by beating Stefanos Tsitsipas, who was very gracious in defeat.

Australian Open: Djokovic revels in 'biggest victory of my life' after landing 10th title
Ten-time Australian Open champion Novak Djokovic was overcome with emotion after overcoming Stefanos Tsitsipas in Sunday's final.

Australian Open: Emotional Djokovic back on top of the world a year after Melbourne misery
Novak Djokovic showed more emotion than we have ever seen from him as he continued his incredible domination of the Australian Open.

Leicester City sign Tete on short-term deal
After having his contract with Shakhtar Donetsk suspended last year, Premier League-bound Tete has already spent 10 months at Lyon.

Australian Open: Dominant Djokovic lands 22nd grand slam title to draw back level with Nadal
Stefanos Tsitsipas had his moments but could not truly trouble Novak Djokovic as the Serbian won the Australian Open for a 10th time.

Chelsea continue spending spree with Gusto signing
Malo Gusto has become Chelsea's seventh signing of the January transfer window, but he will remain at Lyon for the remainder of the season.

Ten Hag has no complaints over fixture schedule as Man Utd bid to end trophy drought
As Manchester United continue to battle on four fronts, Erik ten Hag is confident in his side's ability to cope with a packed fixture list.