PORTUGAL 4 NEW ZEALAND 0

Portugal mara ke separuh akhir Piala Konfederasi sebagai juara Kumpulan A selepas Cristiano Ronaldo, Bernardo Silva, Andre Silva dan Nani menjamin kemenangan 4-0 ke atas New Zealand, semalam.


Ronaldo membuka jaringan dalam separuh masa pertama menerusi sepakan penalti apabila Stefan Marinovic melakukan kekasaran ke atas pertahan Portugal, Danilo, pada minit ke-33 sebelum Bernardo Silva menjadikan kedudukan 2-0 empat minit kemudian.

Portugal mencari peluang untuk memastikan mereka menjuarai Kumpulan A selepas bintang baru AC Milan, Andre Silva, menjaringkan gol ketiga pada minit ke-80 sebelum Nani melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

Skuad kendalian Fernando Santos bakal bertemu sama ada Chile atau Jerman dalam aksi separuh akhir, Rabu ini.