Pemain tengah Barcelona, ​​Miralem Pjanic, memberi amaran kepada Alvaro Morata dan Matthijs de Ligt supaya memikirkan masak-masak sebelum menyertai kelab Catalan itu.

Morata kini dipinjamkan ke Juventus daripada Atletico Madrid tetapi laporan mencadangkan pengurus baru Blaugrana, Xavi, ingin memperbaiki jentera serangannya dengan menandatangani penyerang itu selepas memancing Ferran Torres.

Barca tidak boleh mendaftarkan Torres atau mana-mana pemain lain sebelum mereka melepaskan pemain kerana berkaitan peraturan had gaji.

Presiden Barca, Joan Laporta, berasakan gergasi LaLiga itu kembali mengintai pemain selepas memberitahu dunia bahawa mereka akan bangkit malah turut dikaitkan dengan spekulasi membabitkan masa depan Erling Haaland.

Bagaimanapun, Pjanic -- yang kini dipinjamkan je Besiktas -- meminta mana-mana pemain yang mempertimbangkan untuk menyertai kelab induknya agar berhati-hati.

Dia memberitahu Tuttosport: "Morata telah melalui kerjaya yang menakjubkan setakat ini. Dia beraksi untuk kelab besar seperti Chelsea, Atletico Madrid dan Juventus. Adakalanya pemain memerlukan motivasi tetapi saya akan berfikir dua kali sebelum meninggalkan kelab di mana mereka berasa selesa.

“Morata tahu apa yang perlu dilakukan, Barcelona mengupah Xavi, seorang pengurus yang cukup mengenali kelab itu dan saya tidak tahu butirannya, tetapi saya selalu mendengar bahawa Morata gembira di Juventus.

"Walaupun yang menghubungi adalah Barcelona, anda perlu sentiasa mempertimbangkan hasrat itu sedalam-dalamnya."

Pjanic mengalami tempoh sukar selepas meninggalkan Bianconeri apabila berpindah Camp Nou pada 2020 , di mana dia bertelagah dengan bekas pengurus Barca, Ronald Koeman, lalu dipinjamkan ke Besiktas pada awal musim ini.

Dia juga menuntut De Ligt -- yang menjadi sasaran jangka panjang Barca sejak di Ajax lagi -- supaya memikirkan tawaran yang diterima.

"Dia membuat pilihan terbaik dengan menyertai Juventus untuk bergandingan dengan Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

"Dia gembira di Juventus dan apabila anda dalam keadaan sebegitu, adalah lebih baik tidak berhijrah."