Pengendali Selangor, Datuk Tan Cheng Hoe, tetap berbangga dengan persembahan Selangor FC di sebalik kekalahan 2-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia, sebentar tadi.
Cheng Hoe hadir sebagai ketua jurulatih Selangor yang baharu, menghadirkan aura yang cukup berbeza kepada pasukan apabila berjaya melangkah ke pentas final sementara memiliki rekod yang cemerlang setiap kali turun ke gelanggang.
Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor berjaya mengejutkan JDT apabila mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Herlison Caion pada minit ke-45.
Pengalaman menjadi bekalan JDT apabila kerap kali turun ke pentas final, bangkit dengan dua jaringan daripada Bergson da Silva dan Fernando Forestieri sekaligus melengkapkan empat kejuaraan bagi musim ini.
Walaupun tewas, Cheng Hoe menjelaskan Selangor telah menghadirkan peningkatan daripada segi corak permainan dan berbangga dengan apa yang telah mereka pamerkan dalam perlawanan ini.
"Kami tewas kepada JDT berdasarkan pengalaman yang mereka miliki," kata Cheng Hoe.
"Kami tidak dibolosi jaringan pada separuh masa kedua dan menjejaskan momentum pasukan.
"Selangor telah bermain sebaik mungkin. Saya sangat berbangga dan jika diberikan peluang, kami mampu bermain dengan lebih baik."
"Jika kami berjaya tidak dibolosi di separuh masa pertama, mungkin keputusan mampu memihak kami. Namun selepas satu kesilapan yang dilakukan, kelebihan memihak pasukan lawan."
Ammar Hakim
Sat Nov 26 2022


JDT terus gah di persada liga
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan kedudukan di puncak Liga Super susulan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Sabah FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail, sebentar tadi.

Bukan misi mustahil atasi JDT -- Kim Swee
Menjelang sepak mula perlawanan tumpuan minggu ini melibatkan dua pasukan terbaik Liga Super, ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, menjadikan pengalaman tewas pada empat pertemuan musim lalu sebagai pengajaran untuk kembali tampil di laman keramat Stadium Sultan Ibrahim sebagai pasukan lebih lengkap.

Marzuki harap Sabah curi mata di SSI
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir, menegaskan tidak salah andai skuad kendalian Ong Kim Swee melebar hasrat yang tinggi menjelang aksi dengan JDT pada Jumaat.

JDT waspada ancaman Sabah
Juara sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan Sabah FC merupakan pasukan yang tetap perlu diberikan perhatian berdasarkan persembahan konsisten kelab dari Kepulauan Borneo itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Harimau Malaya: Tunku Ismail kekal pendirian penuhi kalendar FIFA
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut memaklumkan baginda tiada halangan untuk melepaskan mana-mana pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyertai skuad kebangsaan jika ia melibatkan aksi yang termasuk dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Liga Super: JDT pamer kejagoan di laman Selangor FC
Selangor menjadi mangsa terbaru juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Liga Super: Sentuhan pemain import Selangor memuaskan
Selangor FC mempersiapkan pasukan di tahap terbaik dalam misi mencipta kejayaan ke atas juara musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) FC, malam esok.

Awasi gerakan Aiman, Endrick -- Cheng Hoe waspada ancaman JDT
'Awasi Ariff Aiman dan Endrick dos Santos', itu formula ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, apabila ditanya mengenai kekuatan juara Liga Super sembilan musim berturut turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang pertembungan dua pasukan berstatus gergasi itu Jumaat ini.

Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya
Evolusi era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat dengan tumpuan utama terarah kepada pemilihan dua pemain naturalisasi.

JDT sukar pancing pemain di peringkat permulaan -- TMJ
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) FC, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengakui berdepan kesukaran untuk membawa pemain menyertai pasukan Harimau Selatan itu pada permulaan penubuhan pada 2013.

Galtier: PSG working on next season's plans, including talks with Messi
Lionel Messi has 18 goals and 17 assists for Paris Saint-Germain this season, but his future remains up in the air.

Arsenal v Leeds United: Preview and prediction
Arsenal will be looking to maintain, or even extend, the distance between themselves and Manchester City by beating struggling Leeds United.

Oscar Pistorius denied parole for murder of Reeva Steenkamp
Prison authorities ruled Oscar Pistorius had not served enough of his 13-year sentence for the 2013 killing.

Osimhen a doubt for Napoli's Champions League quarter-final against Milan
Napoli have said Victor Osimhen will be assessed next week after sustaining a thigh injury on international duty with Nigeria.

Man City v Liverpool: Preview and prediction
Manchester City are eight points behind Arsenal, and rivals Liverpool will be hoping to dash Pep Guardiola's title hopes.

France recalls for Le Sommer and Wendie Renard as new coach calls up old guard
Herve Renard was handed a clean slate by the French Football Federation and elected to recall veterans Wendie Renard and Eugenie Le Sommer.

Barry's move from Chelsea to Bayern faces delay due to potential Champions league tie
Thomas Tuchel wants Anthony Barry to join him at Bayern Munich, but the move could be delayed due to a potential Champions League clash.

Ten Hag confident Man Utd have enough goalscorers to back up Rashford
Erik ten Hag does not feel Manchester United are reliant on Marcus Rashford despite him scoring nearly a third of their goals this season.

Kante and James set to return for Chelsea against Aston Villa
Reece James withdrew from the England squad with injury, while N'Golo Kante has not featured for Chelsea since a hamstring injury in August.

Ten Hag hopeful Rashford will be available for Newcastle clash
Manchester United look set to be boosted by the fitness of Marcus Rashford for Sunday's huge top-four clash with Newcastle United.