Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil pendekatan 'unik' bagi saingan Piala Malaysia musim ini apabila menjalankan undian awal, sekali gus menyaksikan pasukan-pasukan Liga Super hanya akan mengetahui siapakah lawan mereka selepas liga tamat berlangsung.

Berbeza dengan lima pasukan Liga Perdana, mereka sudahpun mengetahui kedudukan masing-masing, namun lawan akan ditemui daripada Liga Super dilihat masih misteri.

Dalam undian yang dilakukan sebentar tadi, kesemua wakil Liga Super hanya disebut dengan kod LS sahaja berbanding wakil Liga Perdana yang disebut dengan nama pasukan.

Untuk rekod, Piala Malaysia akan bermula pada 25 dan 26 Oktober ini berikutan penglibatan Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala AFC pada 22 Oktober.




Kredit: Sinar Harian