SWINDON TOWN 1 MANCHESTER CITY 4

Manchester City meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Swindon Town dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA di tempat lawan awal pagi tadi.

City -- yang dikendalikan oleh penolong jurulatih, Rodolfo Borrell, selepas Pep Guardiola dijangkiti COVID-19 -- tidak pernah kelihatan terancam atau akan dikejutkan dengan kekalahan pertama kepada kelab divisyen keempat atau lebih rendah sejak 1984.

Pasukan pelawat itu berada di depan dan memperoleh dua gol dalam setengah jam pertama menerusi sentuhan Bernardo Silva dan Gabriel Jesus, masing-masing pada minit ke-14 dan 28.

Menjelang sejam permainan, Ilkay Gundogan melepaskan sepakan percuma gemilang untuk menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Harry McKirdy merapatkan jurang buat Swindon pada minit ke-78.

Jaringan Cole Palmer pada lewat permainan kemudian menutup segala harapan kebangkitan lawan daripada Liga Dua itu, sekali gus memastikan kemaraan City ke pusingan keempat.