Jurgen Klopp mengulangi seruannya agar perlawanan timbal balik Piala FA dimansuhkan apabila bakal menyambut kunjungan Wolves dalam pusingan ketiga, awal pagi esok.

Klopp telah berulang kali menggesa supaya perlawanan timbak balik itu dimansuhkan yang menyaksikan oleh jurulatih B-23, Neil Critchley, sempat mengambil alih pasukan yang terdiri daripada barisan muda ketika Liverpool menghadapi Shrewsbury Town pada 2020.

Langkah itu pernah diambil pada musim 2020-21 bagi mengelak jadual perlawanan ketika penularan COVID-19, dan laporan dari The Times mengatakan beberapa pengurus terkemuka menggesa ia dikekalkan sebegitu.

Pengurus kelab Merseyside itu akan memihak kepada langkah sedemikian walaupun mengakui ia memerlukan sokongan kelab-kelab kecil yang sudah pastinya ingin memanfaatkan kedudukan mereka daripada segi kewangan.

Ditanya adakah dia akan menyokong pemansuhan perlawanan timbal balik dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Klopp berkata: "Ya, seperti biasa.




"Kami perlu mencari jalan penyelesaian lain. Talian hayat untuk kelab yang lebih kecil tidak seharusnya menjadi beban bagi kelab yang perlu beraksi berselang tiga hari.

“Kami harus cari penyelesaian lain dan berapa kerapkah kelab yang lebih kecil ini beraksi dalam perlawanan tambahan ini?

“Ia melibatkan kewangan. saya memahaminya dan tiada siapa yang mahu membunuh kelab yang lebih kecil, mereka mempunyai hak yang sama untuk wujud seperti kita semua.

"Tetapi kami tidak boleh menyelesaikan segala masalah dengan beraksi lebih banyak kerap -- ia tidak mungkin dan itulah sebabnya saya akan menyokongnya tetapi dan telah membangkitkan begitu banyak perkara dalam tempoh tujuh setengah tahun yang lalu tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku."