LIVERPOOL 2 WOLVES 2

Jurgen Klopp enggan meletakkan kesalahan ke atas Allison Becker selepas Liverpool terpaksa mengharungi perlawanan ulangan Piala FA menentang Wolves atas kesilapan penjaga gol itu.


Bintang Brazil itu bersalah dibolosi gol pertama Wolves apabila membuka peluang buat Goncalo Guedes selepas hantaran lemah sebelum gagal menghalang jaringan Hwang Hee-chan.

Mujur Darwin Nunez dan Mohamed Salah kedua-duanya berjaya merobek gawang lawan untuk memastikan penyandang juara itu tidak terkandas dalam pusingan ketiga, tetapi gol daripada gandingan itu masih belum memadai untuk menghalang perlawanan timbal balik di Molineux.

Bagaimanapun, bercakap selepas itu, Klopp enggan meletakkan masalah mereka ke atas penjaga golnya, sebaliknya memuji persembahan Wolves dalam satu pertembungan di Anfield tersebut.




"Gol itu tidak sepatutnya berlaku, tetapi kita semua tahu berapa kerap Ali telah menyelamatkan gawang kami," katanya kepada ITV Sport.

“Sebelum itu mereka mempunyai peluang menerusi serangan balas juga.

"Ia sentiasa berbahaya apabila Adama Traore mendapat bola, kita boleh saksikannya.

"Kami bangkit menerusi gol penyamaan yang hebat. Mereka memiliki peluang dalam dan mereka mencetuskan masalah besar kepada kami."