Arsenal mara ke suku akhir Piala EFL selepas kemenangan 2-0 ke atas Leeds United hasil jaringan Calum Chambers dan Eddie Nketiah.

Chambers menanduk masuk jaringan pembukaan Arsenal 10 minit selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua apabila diperkenalkan sebagai pemain gantian.

Nketiah menggandakan kelebihan Arsenal 14 minit kemudian susulan kegagalan penjaga gol Illan Meslier mengawal rapi bola dalam kotak penalti.