Gareth Southgate akan mengekalkan kepercayaan kepada Harry Maguire menjelang Piala Dunia Qatar -- kerana pemain pertahanan tengahnya yang lain masih tidak berada di tahap yang diperlukan.

Kapten Manchester United itu mencetus kontroversi sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana prestasi di peringkat kelab merosot menyebabkan dia kehilangan tempat dalam pasukan utamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia telah membawa kepada panggilan untuk Southgate mencari tempat lain untuk asas pasukannya ketika mereka menentang Itali awal pagi esij dan Jerman pada Isnin dalam dua perlawanan terakhir Liga Negara-Negara UEFA sebelum England menuju ke Qatar.

Tetapi pengurus England itu berkata: “Saya tidak fikir terdapat ramai pemain yang tidak berada di sini sekarang yang berada pada tahap yang sama seperti Maguire.

“Ia bukanlah situasi yang ideal, anda mahu pemain terbaik anda bermain dengan kerap supaya mereka secara fizikal dan mental sentiasa bersedia.

“Dia pemain penting untuk kami dan saya fikir penting untuk menyokong pemain terbaik kami. Lihatlah, dia faham bahawa dia berada di kelab besar, telah ditandatangani dengan bayaran perpindahan yang besar dan merupakan kapten kelab itu -- jadi sebab itulah tumpuan diletakkan lebih kepadanya.

"Tetapi dia harus kekal fokus pada latihan dengan baik setiap hari dan mengembalikan kedudukannya dalam pasukan."