Shaiful Shamsudin
Fri Jun 17 2022

Harry Maguire mempertahankan pengurus England yang mula kurang disenangi penyokong, Gareth Southgate, berikutan kekalahan 0-4 kepada Hungary apabila mengangkatnya sebagai salah seorang pengurus terbaik dalam bola sepak antarabangsa.
Maguire, yang masuk sebagai pemain gantian lewat ketika England ketinggalan 0-3 di Molineux Rabu lalu, tidak menafikan kekalahan itu tidak boleh diterima tetapi menegaskan The Three Lions masih mampu memberi impak besar dalam Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.
England berdepan ancaman diturunkan pangkat dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas sekadar mengutip dua mata daripada empat perlawanan Kumpulan A3, selepas keputusan seri menentang Jerman dan Itali selain kekalahan terburuk di tempat sendiri itu sejak dibelasah Scotland 1-5 pada 1928.
Kegagalan untuk mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan bulan ini juga menyebabkan England menempa rekod terburuk sejak Jun 2014, apabila kemarau kemenangan dalam lima perlawanan dalam tempoh sebulan untuk menduduki tangga tercorot kumpulan dalam Piala Dunia 2014 di bawah kendalian Roy Hodgson .
Hungary juga muncul pasukan pertama yang menjaringkan empat gol di Wembley sejak kemenangan bersejarah 6-3 pada 1953, lantas Southgate dihujani kritikan.
Laungan "anda tidak tahu apa yang anda lakukan" ditujukan kepada Southgate oleh penyokong tuan rumah dalam kekalahan minggu ini itu, tetapi Maguire menganggap dia kekal sebagai individu yang tepat untuk mengetuai pasukan di Qatar kelak.
"Gareth merupakan pengurus England paling berjaya sejak era Sir Alf Ramsey pada 1966," kata pertahanan itu kepada Sun.
“Kami semua teruja untuk bekerjasama dengannya termasuk barisan sokongannya dalam Piala Dunia.
“Rekod pengurusannya adalah sama baiknya dengan rakan sejawatannya di peringkat antarabangsa di luar sana.
“Tiada sebab mengapa kami tidak boleh melakukan dengan baik dan matlamat kami adalah untuk memperbaiki prestasi dalam kejohanan sebelum ini dan membanggakan negara.
“Kami patut mengumpul lebih banyak mata dalam tiga perlawanan awal (UNL) tetapi keputusan ketika menentang Hungary tetap tidak boleh diterima.
"Kami semua menyedarinya. Ketika ini semua orang memerlukan rehat dan kembali cergas. Semangat dalam kem ini sangat hebat walaupun hasilnya tidak memberangsangkan."
England akan berdepan dua lagi perlawanan UNL iaitu menentang Jerman dan Itali pada September depan sebelum membuka kempen Piala Dunia menentang Iran pada 21 November.

Euro Wanita 2022: Terlalu banyak tekanan buat kapten England, kata Bronze
Bintang England, Lucy Bronze, menegaskan bahawa terlalu banyak tekanan diletakkan buat kapten pasukannya, sambil mahu memastikan Leah Williamson akan mendapat sokongan sepenuhnya menjelang saingan Euro Wanita 2022 bermula awal bulan depan.

Piala Dunia Qatar: Southgate calon paling layak kemudi England, kata Maguire
Harry Maguire mempertahankan pengurus England yang mula kurang disenangi penyokong, Gareth Southgate, berikutan kekalahan 0-4 kepada Hungary apabila mengangkatnya sebagai salah seorang pengurus terbaik dalam bola sepak antarabangsa.

Euro Wanita 2022: Houghton tersisih daripada senarai skuad England
Steph Houghton tidak tersenarai dalam skuad akhir England yang akan bersaing dalam Euro Wanita 2022 di laman sendiri bulan depan.

UNL: England berisiko turun liga selepas diaib Hungary
England berisiko untuk disingkirkan daripada saingan utama Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas diaibkan dengan kekalahan 0-4 di tangan Hungary di laman sendiri awal pagi tadi.

Liga Negara-Negara: Southgate ratapi ketumpulan sentuhan penyudah Three Lions
Gareth Southgate menolak cadangan perjuangan England baru-baru ini adalah melalui pendekatan konservatif, sebaliknya merungut sentuhan penyudah yang kurang tajam.

Liga Negara-Negara: Mancini gembira di sebalik seri dengan England
Ketua jurulatih Itali, Robert Mancini, mengakui dia terkejut dengan permulaan pasukannya yang tidak berpengalaman ke Liga Negara-Negara berikutan keputusan seri 0-0 dengan England awal pagi tadi.

Grealish pamer peningkatan sejak sertai Man City -- Southgate
Jack Grealish telah 'mempelajari banyak ilmu' di Manchester City, menurut pengurus England, Gareth Southgate.

UNL: Grealish dicabar tingkatkan pengetahuan taktikal England
Gareth Southgate melontarkan cabaran kepada bintang lincah Manchester City, Jack Grealish, agar meningkatkan taktikal andai mahu menjadi pemain utama England secara kerap.

UNL: Harry Kane pastikan England tidak kempunan di Munich
Harry Kane mencetak gol antarabangsanya yang ke-50 ketika England bangkit mengikat Jerman 1-1 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL), sebentar tadi.

UNL: England buru rentak kemenangan ke atas Jerman
John Stones menganggap kemenangan England ke atas Jerman dalam Euro 2020 menjadi batu penghalang tatkala dia mencabar skuad The Three Lions untuk bangkit di Munich selepas kekalahan kepada Hungary.

'You wake up and you know' – Morgan felt the time was right for international retirement
England will have a new white-ball captain after Eoin Morgan decided it was the correct time to retire from the international stage.

Wimbledon: Swiatek makes it 36 wins on the bounce despite topsy-turvy second set
Top seed Iga Swiatek ultimately had too much for Jana Fett as the favourite progressed to the second round at Wimbledon.

McCullum delighted with England start, calls for more of the same against India
England could hardly have wished for a better start to the Brendon McCullum-Ben Stokes era against New Zealand, but the new boss wants more.

Di Maria can emulate Madrid stars Benzema and Modric at Juventus, claims Casillas
With Angel Di Maria reportedly set to join Juventus, Iker Casillas expects his former Real Madrid team-mate to star in Serie A.

Malaysia Open: Sze Fei-Izzuddin cap off opening round with swift win
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin recorded the most impressive victory of all home shuttlers on the opening day of the Malaysia Open on Tuesday with a straight-game victory as the rest produced lukewarm results.

England white-ball captain Morgan retires from international cricket
Eoin Morgan has decided to step down as England captain and called time on his illustrious international career.

French minister Darmanin apologises to Liverpool fans after Champions League final chaos
Gerald Darmanin initially blamed Liverpool fans with fake tickets for causing the chaotic scenes outside the Stade de France on May 28.

Malaysia Open: Axelsen hails Axiata Arena crowd as 'superb' after opening round win
Viktor Axelsen paid tribute to the amazing local support at the Axiata Arena after the world number one powered past Brice Leverdez 22-20, 21-7 in just 30 minutes to book a second-round berth at the Malaysia Open.

Formula One, Mercedes condemn Piquet after alleged Hamilton racial slur
Formula One and Mercedes have both issued statements following an alleged racial slur used by Nelson Piquet against Lewis Hamilton.

Wimbledon: Berrettini withdraws after positive coronavirus test
One of the favourites to win Wimbledon, Matteo Berrettini, has had to withdraw from the tournament before playing a match.